JALALABAD - AFGHANISTAN.Sekurang-kurangnya 11 maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu bangunan jabatan pendidikan di timur Afghanistan semalam.

Menurut jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, sepuluh mangsa yang kebanyakan pekerja dilaporkan cedera dalam serangan kali kedua di bandar Jalalabad dalam tempoh beberapa hari ini.

Khogyani menambah, mangsa yang maut ialah kesemua kakitangan di cawangan jabatan pendidikan termasuk pengarahnya.

Selain itu, dua penyerang turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

Difahamkan ramai kakitangan dilaporkan terperangkap dalam bangunan ketika pertempuran senjata antara pasukan keselamatan dan militan.

Sementara itu, seramai 20 kakitangan berjaya diselamatkan dalam pertempuran itu.-AFP.