GEORGETOWN - Tiada kenaikan tarif air di Pulau Pinang tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa.

Beliau berkata PBAPP tidak memohon untuk kenaikkan tarif air pada tahun ini.

"Semakan surcaj pemuliharaan air (WCS) bukan semakan tarif air, tetapi suatu penalti yang dikenakan terhadap pengguna domestik yang menggunakan terlalu banyak air di rumah. WCS menggalakkan penjimatan air domestik di Pulau Pinang dan ia merupakan suatu inisiatif hijau bagi mengurangkan pelepasan air buangan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jaseni berkata PBAPP masih menunggu kelulusan untuk membuat semakan WCS melibatkan hanya 23 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih 35,000 liter air sebulan.

Katanya PBAPP menghantar permohonan semakan WCS 2017 pada 28 April dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sementara itu, Jaseni berkata catuan air juga tidak dilakukan di Pulau Pinang.

Katanya, dalam masa tiga tahun lepas, berikutan perubahan iklim, PBAPP mengepam air terawat pada tekanan lebih tinggi dari Loji Rawatan Air Sungai Dua bagi memastikan catuan air tidak perlu dilakukan pada musim kemarau dan untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap air.

"Walaupun pengurusan air tak berhasil  (NRW) adalah penting, tetapi perkara yang menjadi keutamaan teratas PBAPP hari ini ialah catuan air tidak perlu dilakukan bagi menghadapi perubahan iklim.

"Sejajar dengan itu, PBAPP melaksanakan penyelesaian pengurusan NRW secara  berterusan seperti memasang injap mengurangkan tekanan bagi pengurusan tekanan. Kami juga melaksanakan projek penggantian paip dan meter,” katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 9 malam Jumaat ini hingga 5 pagi.
  • KUALA NERANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan projek membaik pulih bekalan air di Kampung Bendang Baru, Mukim Belimbing Kiri, semalam.
  • GEORGETOWN - Dua belas kawasan sekitar Jalan Permatang Damar Laut akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Sabtu ini berikutan kerja lencongan paip untuk naik taraf jalan di kawasan itu.
  • TANAH MERAH - Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan laluan utama sejauh kira-kira 300 meter di Jalan Jedok di Kampung Kelewek, dekat sini, dinaiki air sejak pagi tadi.
  • BELURAN - Seramai 272 penduduk di Kampung Muanad 1 dan 2 kini boleh menarik nafas lega apabila bekalan air yang terputus sejak 10 hari lepas kini kembali pulih.