GEORGETOWN - Lebih 8,000 kakitangan kerajaan Pulau Pinang yang mempunyai rekod disiplin yang baik akan menerima bonus berjumlah RM2,000 yang akan dibayar pada penghujung tahun ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus akhir tahun itu akan dibayar penuh secara tunai kepada penjawat awam sebelum 2017 berakhir.

"Mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti yang ditentukan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK), akan menerima RM1,000 secara tunai. Bonus ini juga berkuatkuasa terhadap kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT), perbadanan dan agensi kerajaan negeri.

"Bagi sekolah agama dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta guru sekolah persendirian Cina pula, mereka akan menerima bonus sebanyak RM300. Manakala guru sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam (Tadis) akan menerima saguhati RM200 secara tunai," katanya.

Perkara itu diumumkan Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan Pulau Pinang 2018 di Sidang Dun tengahari tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KANGAR - Penjawat awam di Perlis akan menerima bayaran khas RM1,500 manakala pesara kerajaan pula diberi RM750, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.
  • KOTA KINABALU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memerlukan pertambahan penjawat awam bagi mencapai hasrat kerajaan membangunkan infrastruktur di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini.
  • MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengumumkan lebih 4,000 penjawat awam di negeri itu bakal menerima bonus sebanyak RM2,000.
  • ISKANDAR PUTERI - Bantuan khas kewangan berjumlah setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,500 akan diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.
  • KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan negeri yang berkemampuan agar mempertimbangkan pemberian kadar bonus yang lumayan buat kakitangan mereka.