YAN - Kegembiraan seorang ibu tidak dapat digambarkan apabila nasib anaknya yang mengalami kelumpuhan otak atau Celebral Palsy Spastic Quadriplegia sejak lahir mendapat perhatian banyak pihak selepas disiarkan dalam Sinar Harian, baru-baru ini.

Norhasniza Abd Ghani, 32, berkata, dia tidak sangka masih ramai lagi masyarakat  bersifat pemurah dan prihatin meskipun tidak pernah mengenali keluarganya.

“Selepas disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 10 Februari lalu, ramai yang menghubungi saya bertanya khabar dan ingin mengetahui keadaan anak.

“Rasa sebak bila menerima panggilan tidak henti-henti bertanyakan keadaan anak. Syukur alhamdulillah .. itu sahaja yang mampu saya ungkapkan,” katanya ketika ditemui.

Anaknya, Muhammad Nabil Mohd Firdaus, 5, tidak dapat bergerak seperti kanak-kanak lain dan sentiasa memerlukan perhatian penuh ibunya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Buntu cari wang beli mesin susu anak]

Muhamad Nabil juga dikatakan turut menghidap penyakit lain iaitu ‘Laryngomalacia’ atau masalah pernafasan kronik selain pedih hulu hati tahap empat.

Norhasniza juga berkata, dia berasa sangat gembira apabila terdapat seorang sukarelawan dari Perak sanggup membelikan mesin susu yang berharga RM3,000 untuk anaknya.

“Mesin itu sudah di pos dan insya-ALLAH akan sampai dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya lagi, dia sendiri tidak mampu untuk membalas jasa orang ramai dan berharap mereka akan terus mendoakan anaknya agar  sembuh seperti kanak-kanak lain.

Menurutnya, antara yang hadir melawat anaknya ialah Badan Perhubungan Pas Kedah dan lebih lapan orang yang datang secara berseorangan menyampaikan sumbangan antaranya barangan dan duit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU PAHAT - Dek kerana kesempitan hidup dan tiada pekerjaan lain, seorang mualaf terpaksa bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di sebuah restoran tidak halal, di Yong Peng demi mendapatkan sesuap nasi untuknya.
  • REMBAU - Cerpen, sajak, skrip drama radio serta berita yang ditulis sekitar tahun 80-an masih disimpan rapi dan menjadi peneman seorang warga emas di rumah usang milik saudaranya di Kampung Chengkau Ulu, di sini.
  • ALOR SETAR - Malang berganda buat sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Guar Jumaat, dekat sini apabila anak bongsu disahkan menghadapi masalah kesihatan.
  • BACHOK - Seorang wanita kurang upaya fizikal nyaris dihempap bumbung rumah pusaka berusia lebih 50 tahun di Kampung Teluk Merbau, Perupuk, di sini.
  • LABIS - Sudahlah suami terlantar sakit di rumah, kini isterinya pula tidak dapat keluar bekerja selepas kaki kirinya cedera akibat tersadung batu.