KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun memfailkan tuntutan RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima individu yang juga bekas pelajar seniornya kerana membulinya dua tahun lalu.

Tuntutan remaja itu dibuat menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 46, sebagai plaintif  difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini melalui Tetuan W.A Wan Adnan & Associates.

Selain lima bekas pelajar senior berusia 19 tahun itu, plaintif turut menamakan Penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), bekas Pengetua Sesma, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dari defendan berkaitan kejadian buli membabitkan plaintif di Sesma, Wakaf Tembesu pada 26 April 2015.

Akibat kejadian itu, plaintif yang merupakan anak kedua daripada empat beradik mengalami kecederaan teruk, kejutan dan tekanan perasaan, trauma dan kehilangan tumpuan pelajaran.  

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG RAMBUTAN - Ibu bapa kepada pembuli dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pada anak mereka dengan pakar berbanding bergantung pada maklumat kurang tepat di laman sosial.
  • KUALA TERENGGANU - Polis sudah membebaskan 26 pelajar yang di reman sebelum ini, yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli membabitkan tiga mangsa di sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus, minggu lepas.
  • SEREMBAN - Seorang bapa merayu pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya yang didakwa kerap dibuli oleh guru sekolahnya.
  • KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam, membenarkan tempoh tahanan reman terhadap 26 suspek kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa ini.
  • TAIPING - Kerajaan negeri menyokong penuh sekiranya hukuman buang sekolah dikenakan terhadap pelajar yang membuli berikutan kes itu dilihat semakin membimbangkan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.