KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan terhadap seorang lelaki, semalam kerana merogol seorang pelajar tingkatan tiga kira-kira lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Rofiah Mohamad setelah tertuduh yang berumur 22 tahun, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah bilik chalet di Kampung Raja, Besut, pada 16 Mac 2012, kira-kira jam 12 tengah malam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga kenalan mangsa, mengajak gadis itu bersiar-siar sebelum membawanya ke sebuah chalet.

Sebaik tiba di chalet berkenaan, mangsa mendakwa keletihan, lalu tertidur sebelum dikejutkan dengan sentuhan kasar tertuduh yang cuba merogolnya.

Walaupun cuba melawan, mangsa gagal mempertahankan dirinya, sebelum tertuduh meninggalkan mangsa berseorangan di hadapan sebuah sekolah berhampiran tempat kejadian.

Dia kemudian menghubungi salah seorang ahli keluarganya untuk mendapatkan bantuan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun dipercayai menjadi suspek utama kes rogol seorang remaja perempuan dari Lawas di Limbang pada April lepas.
  • KUALA LIPIS - Akibat memandang remeh dan gagal melaporkan diri di balai polis semasa dalam tempoh pengawasan, lima lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Majistret Lipis di sini, semalam.
  • KUCHING - Seorang petani yang didakwa merogol cucu tirinya bulan lepas dalam kejadian di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini, meninggal dunia di Hospital Sri Aman awal hari ini, selepas dipercayai meminum racun makhluk perosak petang semalam.
  • KAJANG - Seorang lelaki warga Indonesia sempat menunjukkan gambar bogel kepada seorang kanak-kanak sebelum merogolnya.
  • KAJANG - Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.