KUALA TERENGGANU - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di seluruh Terengganu turun kepada 1,018 orang daripada 270 keluarga setakat 12 tengah malam tadi.

Jumlah itu turun berbanding 1,384 orang daripada 361 keluarga yang dicatatkan pada pukul 8 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), berikutan penurunan itu 22 pusat pemindahan sudah ditutup dan hanya 14 sahaja yang masih dibuka.

Daripada jumlah itu daerah Kemaman kekal merekodkan mangsa yang paling ramai iaitu 671 orang daripada 149 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat
pemindahan. 

Daerah Dungun pula mencatatkan 347 mangsa daripada 121 keluarga dan ditempatkan di empat pusat pemindahan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Kerajaan Negeri merangka tiga pendekatan utama melibatkan sistem saliran dan tebatan banjir dalam usaha mengatasi masalah banjir yang melanda negeri ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
  • PONTIAN - Sebuah pusat pemindahan sementara banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan yang menempatkan 96 mangsa daripada 24 buah keluarga ditutup sepenuhnya jam 4 petang tadi.