PUCHONG – Masalah kekurangan tanah dihadapi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Ming, Batu 16 di sini berakhir apabila pemaju, Bukit Hitam Development Sdn Bhd bersetuju menyerahkan tanah seluas 0.72 hektar kepada pihak sekolah.

Keputusan diperoleh hasil perbincangan dilakukan membabitkan pelbagai pihak itu bakal membolehkan sebuah bangunan empat tingkat dilengkapi 10 bilik darjah dan sebuah dewan dibina di atasnya.

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Sin Ming, Chai Yoon Peng berkata, sebelum ini pihak sekolah terpaksa menolak ratusan permohonan murid darjah satu ke sekolah berkenaan kerana kekurangan bilik darjah.

Menurutnya, masalah kemudian diajukan kepada Kerajaan Negeri sebelum keputusan itu dapat dicapai dan menggembirakan pihak sekolah.

“Dewan serbaguna bakal dibina bukan sahaja untuk kemudahan murid sekolah menjalankan pelbagai aktiviti, malah ia juga membolehkan pihak sekolah mengosongkan ruang di bangunan empat tingkat untuk diubahsuaikan sebagai bilik darjah.

“Penambahan bilik darjah ini adalah penting untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM7 juta dan kita masih mencari dana sebanyak RM4 juta lagi untuk tujuan itu,” katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, isu membelenggu pihak sekolah sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya diselesaikan dengan pemberian tanah secara percuma oleh pemaju.

“Untuk mencapai ‘win-win situation’ Bukit Hitam Development dapat memperbanyakkan pembangunannya termasuk pusat perniagaan manakala Subang Jaya akan mendapat pampasan dalam bentuk stadium kompleks sukan untuk kegunaan masyarakat di Subang Jaya.

“Kerajaan Negeri juga meminta pertolongan daripada Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Pejabat Tanah dan Daerah Sepang untuk penempatan tanah tanah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, dengan usaha dibuat Kerajaan Negeri dapat membantu sekolah melalui pembangunan baru dijalankan.

“Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16 juta untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SRA), SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Tahun depan kita akan peruntukan jumlah sama tetapi akan ditambah RM30 juta lagi untuk perkara yang perlu dalam pembangunan pendidikan,” katanya selepas melaksanakan upacara pecah tanah di tapak bangunan empat tingkat bakal dibina di SJKC Sin Ming, di sini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUCHONG - Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Mohamad Satim Diman ketika mengulas perkara itu, menasihatkan orang ramai khususnya penduduk Puchong
  • PUCHONG - Kewujudan kumpulan tertentu yang didakwa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di sekitar Puchong membawa borang permohonan bantuan geran dan dana kerajaan menimbulkan persoalan dan tanda tanya penduduk mengenai kebenarannya.
  • PUCHONG - Mana jalan yang dijanjikan? Begitu luahan rasa tidak puas hati penduduk sekitar Taman Mawar di sini apabila jalan sambungan antara Taman Mawar Kinrara Seksyen 5 dengan Taman Kinrara Seksyen 4 didakwa gagal dibina pemaju seperti dijanjikan.
  • PUCHONG - Penduduk di Jalan 16, Taman Bukit Kuchai di sini, mengadu apabila bekalan air di rumah mereka berkurangan dan tekanan air menjadi rendah sejak dua bulan lalu.
  • PUCHONG - “Saya tak tahu pasal hal itu (pecah botol arak depan SUK)… dia (Datuk Seri Jamal Md Yunos) pengerusi NGO jadi tak perlu tanya saya apa dia nak buat,”kata Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.