BATU CAVES - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan SM1 Sunway, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, polis menerima panggilan kira-kira jam 1.58 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring di lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan memdapati mangsa yang berusia 41 itu telah meninggal dunia.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dengan baju bewarna biru dan berseluar hitam.

"Siasatan awal dapati mangsa yang berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang telah dibunuh berikutan kesan kecederaan pada tubuhnya," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek dan punca kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Polis dapat menyelesaikan satu kes bunuh di Kinabatangan semalam dengan tertangkapnya seorang warga asing.
  • IPOH - Suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Bercham selepas membunuh wanita warga Indonesia di Bercham semalam, direman tujuh hari.
  • JOHOR BAHRU - Seorang pencuci kapal tidak dapat membendung air mata sebaik dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini apabila didapati bersalah membunuh seorang jutawan, tiga tahun lalu.
  • ISKANDAR PUTERI - Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala ditemui dalam keadaan terbaring di sebuah hentian bas, Jalan Persiaran Sungai Danga, Nusa Bistari di sini pagi semalam.
  • SEREMBAN - Seorang pemuda di hadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada 7 September lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.