JERAM – Crochet Knit Artist Group meneruskan misi mengait selimut untuk keperluan anak Rohingya yang ditempatkan di Pusat Rohingya Community School Kuala Lumpur.

Ketuanya, Norlena Nayan berkata, program dengan kerjasama Pertubuhan Ekonomi Wanita Selangor (Pemitas) Selat Klang itu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Menurutnya, idea untuk menjayakan program kait selimut ini tercetus selepas salah seorang ahli membangkitkan keperluan anak Rohingya yang memerlukan keperluan selimut.

“Asalnya kami menyarankan ahli menyiapkan sekurang-kurangnya satu ‘granny square’ tapi sambutan yang cukup menggalakkan apabila mereka boleh menyiapkan dua selimut.

“Misi amal ini sekurang-kurangnya dapat mengisi masa terluang ahli yang juga kebanyakannya terdiri golongan pesara, sekali gus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.





 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pasar raya Econsave (Econsave Cash & Carry Sdn Bhd) berjaya menyerahkan RM120,945.20 lagi sumbangan kepada tabung SINAR4ROHINGYA, semalam.
  • SHAH ALAM - SINAR4ROHINGYA meneruskan kelangsungan kempen dengan penyerahan terbaharu bagi misi bantuan kepada kumpulan pelarian Rohingya di Bangladesh.
  • KUANTAN - Warga Rohingya yang menetap di negeri ini diminta mematuhi undang-undang negara dan tidak melakukan sebarang jenayah yang membolehkan mereka ditahan pihak polis.
  • MARANG - Masyarakat Rohingya yang menetap di sekitar negeri ini menerima sumbangan kira-kira 500 helai pakaian terpakai daripada penduduk Taman Perumahan Batu 10 di sini, semalam.
  • SETIU - Seramai 500 pelajar memeriahkan program Solidariti Palestin dan Rohingya di Pentas Terbuka Kolej Universiti Bestari (UCB), baru-baru ini.