BALAKONG -  Kerajaan Selangor digesa menubuhkan jawatankuasa khas dan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyelesaikan masalah isu rumah terbengkalai.

Calon MCA bagi PRK Balakong, Tan Chee Teong berkata, jawatankuasa khas itu perlu mengkaji punca masalah tersebut dan berusaha untuk mencari satu penyelesaian.

“Saya difahamkan jumlah rumah terbengkalai yang paling banyak dalam negara antaranya di Selangor. Apakah punca masalah ini? Adakah perkara ini benar?

"Kami memerlukan wakil rakyat untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini dan melindungi kepentingan semua pihak yang terbabit serta menyelesaikan masalah tempat tinggal yang dihadapi oleh rakyat.

Menurutnya. berdasarkan laporan, kebanyakan projek terbengkalai berkemungkinan berpunca daripada bayaran tinggi yang dikenakan oleh kerajaan tempatan terhadap pemaju perumahan.

“Bwerdasarkan statistik KPKT, sejak tahun 2009 iaitu selepas PH menjadi kerajaan Selangor, 1/3 daripada jumlah rumah terbengkalai terletak di Selangor. Daripada jumlah 67 projek terbengkalai di seluruh negara, 28 terletak di Selangor, atau 41.8%.

“Ini bermaksud pembinaan sebanyak 6,999 unit rumah terbengkalai dan melibatkan 4,523 pembeli rumah,” katanya.

Chee Teong berkata, pembeli rumah yang terjejas masih terpaksa membayar faedah atas pinjaman bank, walaupun tidak dapat tinggal di rumah yang mereka beli.

“Ini menambahkan lagi beban mereka. Projek rumah terbengkalai juga akan menimbulkan Mandalay seperti isu kebersihan dan isu keselamatan,” katanya.