PUTRAJAYA – Kesungguhan seorang lelaki menghantar lima penyertaan Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) anjuran Sinar Harian setiap hari, membuahkan hasil apabila memenangi peraduan itu.

Mohamed Sohaimi Zahari, 56, berkata, kemenangan diraih isterinya selepas menyertai peraduan sama sebelum ini, turut jadi pemangkin semangatnya supaya tidak berputus asa.

Pembantu Operasi di Kementerian Kewangan itu berkata, dia mula menyertai peraduan PR1M sejak awal tahun lalu apabila melihat soalan terlalu mudah.

Penyertaan demi penyertaan dihantar setiap hari dan dia tidak jemu hantar borang peraduan, meskipun belum pernah bergelar pemenang.

Katanya, selepas isteri menang tahun lalu, dia bersemangat menyertai peraduan, tapi sedih bila dapat tahu peraduan itu dihentikan seketika.

“Harap Sinar Harian adakan kembali peraduan ini kerana bukan saja soalannya mudah tapi berbaloi bila menang,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Dah banyak kali cuba, tak sangka saya peserta terakhir dipilih sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M),” kata seorang suri rumah, Nur Zafirah Abd Majid, 26, dari Sentul.
  • KLUANG - Seorang suri rumah menyifatkan kemenangan yang diperoleh menerusi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sebagai rezeki suaminya yang menghidap sakit angin ahmar.
  • BACHOK - Seorang suri rumah masih tidak percaya bahawa dia memenangi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) walaupun sudah dihubungi ibu pejabat Sinar Harian dari Shah Alam, minggu lalu.
  • TASEK GELUGOR - “Saya memang betul-betul tak sangka, yang masuk PR1M bukan seorang dua, boleh dikatakan ramai mencuba. Alhamdulillah, ini rezeki buat saya sekeluarga," kata pemenang Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M), Zuniada Ali Abdul Khan, 45, sekali gus memenangi hadiah RM1,000.
  • KUANTAN - “Setiap pagi beli, lepas baca isi dan kerat keratan borang peraduan sebelum ke pejabat pos untuk hantar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.