KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata kawasan-kawasan yang terlibat adalah Seksyen 16 hingga 20 serta Seksyen 23 hingga 25 di Shah Alam dan Kampung Jawa, Padang Jawa, Taman Alam Shah, Kampung Teluk Menegun, Sungai Rasah, Bukit Kuda dan Jalan Mohd Sidin di Klang.

“Pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak dua minggu lepas mendapati berlaku penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi.

“Pemantauan berterusan dan tindakan yang perlu sedang diambil bagi mengurangkan impak gangguan  kepada pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Syabas turut menasihatkan pengguna agar menggunakan air secara berhemat. - Bernama