HULU SELANGOR - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu semalam atas pertuduhan membunuh anak sendiri yang berusia setahun pada 1 November lalu.

Tertuduh, Francis Lim Jeum Huen, 21, didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 9.30 malam di Apartment Widuri, Bukit Beruntung.

Jeum Huen mengangguk faham ketika pertuduhan tersebut dibacakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zulhelmy Hasan menetapkan tarikh 13 Disember depan untuk sebutan semula kes dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amin Azmi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.