KINABATANGAN - Seorang pegawai penyelidik Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) yang hilang di Hutan Simpan Deramakot Tongod sejak 29 Ogos lepas, ditemukan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, Agustavia Joe Guasi berkata, M.A Tajudin Mustapha, 44, ditemukan kira-kira  jam 11 pagi di Kilometer 6, Jalan Grabel oleh staf JPS yang turut terlibat dalam operasi  mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya staf JPS membawa Tajudin ke Pusat Kawalan Operasi dan tiba pada jam 11.45 pagi.

"Tajudin kemudiannya dirawat oleh pasukan perubatan yang berada di situ manakala pasukan mencari dan menyelamat yang lain diarah balik ke pusat kawalan tersebut, " katanya.

Beliau berkata pasukan SAR terdiri daripada 27 staf JPS, 11 anggota Bomba dan 12 anggota  Pasukan Gerakan Am.

Tajudin dilaporkan hilang selepas terpisah daripada kumpulan staf jabatan itu ketika membuat kerja inventori di kawasan hutan tersebut. - Bernama

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Seorang pemandu lori mengalami detik cemas apabila lorinya dihempap sebatang pokok hutan di jalan Kampung Sungkak menghala ke Bahau, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin.
  • JOHOR BAHRU - Seorang pemuda berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang lelaki di Kota Tinggi, dekat sini, Ahad lepas.
  • TAIPING - Niat seorang anak bersama bapanya ingin bersenam di Kawasan Bukit Mas, di sini bertukar tragedi apabila dia menemui bapanya terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, di sini.
  • IPOH - “Sudah lima hari dia tak makan ubat, saya bimbang dengan kesihatannya,” luah seorang bapa, Loh Mun Kit, 38, khuatir keadaan anak tunggal perempuannya yang dilarikan isteri sejak 24 November lepas.
  • MUAR - Sebuah keluarga dari Taman Rambai, Kampung Parit Buaya di sini, memohon orang ramai untuk membantu mengesan salah seorang ahli keluarga mereka yang hilang sejak beberapa hari lalu.