TAWAU - Mahkamah Majistret Tawau hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang wanita penolong penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau di sini.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tawau Puspawati Sangut membenarkan wanita berusia 37 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung meminta suapan RM1,000 dan telah menerima RM500 tunai sebagai pendahuluan daripada seorang lelaki berkaitan kes KPDNKK.

Transaksi pendahuluan berlaku pada bulan ini dan baki RM500 belum diterima suspek

Suspek ditahan di pejabat SPRM Tawau pada 4.15 petang, semalam.

Perintah reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan Pemangku Penolong Kanan Penguasa SPRM Muhamad Nor Zam Zam Maidin. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Tempoh reman terhadap lima individu termasuk seorang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut dan isterinya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pembalakan haram di Jerantut dilanjut sehingga Rabu ini.
  • SEREMBAN - Seorang pegawai tentera berpangkat mejar direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan palsu elaun perjalanan berjumlah RM457,433.13.
  • SEREMBAN - Pemandu kereta yang cuba melarikan diri dari penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sehingga menyebabkan kemalangan enam kenderaan di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia di Nilai semalam, direman empat hari bermula hari ini.
  • ALOR SETAR - Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama empat hari untuk membantu kes penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.