TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan berusia awal 20an ditahan polis di pekarangan Mahkamah Majistret Teluk Intan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan curi dan pecah rumah.

Lebih mengejutkan lelaki yang tidak bekerja itu ditahan ketika dia mahu menghadiri perbicaraan terhadap dirinya melibatkan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki berkenaan ditahan pada 10 Oktober lalu sekitar jam 11 pagi sebelum di bawa ke balai polis untuk soal siasat.

"Suspek ditahan ekoran daripada hasil siasat terhadap dua rakannya yang ditahan pihak polis dan dituduh di mahkamah sebelum ini atas kesalahan yang sama.

"Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek sepasukan anggota polis telah pergi ke sebuah rumah kosong di Kampung Bahagia pada hari dia ditahan sekitar jam 12 tengah hari," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, pagi tadi.

Menurut Mohd Marzukhi hasil pemeriksaan yang dijalankan, anggota polis berjaya menemui kira-kira 50 barangan curi pelbagai jenis yang disimpan suspek di rumah berkenaan.

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGAN SERAI - Penahanan tiga lelaki warga Indonesia dan penemuan pelbagai peralatan kegiatan pecah rumah di dalam sebuah kereta di Jalan Perwira, Taman Bagan Serai di sini awal pagi tadi membolehkan polis menumpaskan sebuah sindiket pecah rumah sarang bulut walit sekitar Kerian.
  • PADANG TERAP - Tiga sahabat bersama pelbagai barangan elektrik dan kemas bernilai RM10,000 yang dipercayai hasil dari kegiatan pecah rumah sekitar Kuala Nerang dekat sini ditahan polis dalam serbuan di sekitar daerah ini pada 25 Oktober lalu.
  • KUALA KRAI - Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, mencari seorang penganggur dikenali Idi Telor bagi membantu siasatan dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan.
  • BESUT - Sepasang bekas suami isteri yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah sekolah dan institusi pendidikan di daerah ini dan Kelantan berjaya diberkas polis menerusi Ops Pintu petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk dua adik beradik dipercayai selebriti telah ditahan polis berhubung kes dadah di Jalan Bukit Setiawangsa, Jumaat lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.