TELUK INTAN - Tempoh penutupan Jambatan Sultan Yusof, Batu 5, terpaksa dilanjutkan daripada jam 5 pagi 13 Ogos kepada jam 5 pagi 28 Ogos ekoran kerja membaiki dan menyelenggarakan jambatan tersebut memakan masa.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan terdapat kerosakan yang perlu diselengara dengan segera.

"Pagi tadi semasa kerja jack dibuat mendapati terdapat kerosakan yang perlu diselenggarakan dengan segera dan ini akan mengambil masa untuk dibaiki.

"Jadi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia, Datuk Meor Abdu Aziz Osman telah memutuskan kerja-kerja penambahbaikan bagi Pier 10 dan Pier 11," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, ekoran daripada itu, pihak JKR telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh penutupan kepada semua lalu lintas sehingga jam 5 pagi 28 Ogos.

Zainol Fadzi turut berharap semua pengguna jambatan tersebut agar dapat bersabar dengan penutupan ini demi keselesaan masa hadapan dan turut memaklumkan tindakan tersebut diambil demi keselamatan pengguna.

"Oleh itu, saya memohon pengguna mematuhi notis penutupan dan mengikut papan tanda arahan yang disediakan oleh JKR.

"Sebarang perubahan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh pihak JKR daripada masa ke semasa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) akan dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara pada 2019.
  • IPOH - Penutupan Jambatan Sultan Yusuf terpaksa dilanjutkan berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan jambatan berkenaan.
  • TELUK INTAN - Keputusan tarikh pembukaan semula Jambatan Sultan Yusof akan diketahui sekurang-kurangnya esok selepas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan lawatan kerja.
  • KOTA BHARU - Pusat Kesihatan Kok Lanas akan dibina di kawasan bandar berkenaan bagi menampung pertambahan penduduk di samping meningkatkan perkhidmatan kesihatan dalam usaha menawarkan perkhidmatan dan rawatan dengan lebih baik dan selesa kepada pelanggan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.