BANDAR JENGKA - Seorang peniaga menjual kain ditemui meninggal dunia di premis perniagaannya di Nadi Kota Bandar Pusat Jengka di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis mengklasifikasikan kematian Mohd Saari Ab Karim, 49, sebagai kematian mengejut diakibatkan oleh serangan penyakit jantung.

"Tiada unsur jenayah melibatkan kematian mangsa yang ditemui di dalam premis perniagaannya itu.

"Lebih kurang jam 4.30 petang, ketika mangsa berada di kedainya, mangsa telah menghubungi isterinya Maznah Mat Ali yang pada ketika itu berada di Bentong atas urusan perniagaan.

"Dia mengadu sakit dada dan sesak nafas dan isterinya menasihati supaya mangsa pergi ke hosital untuk mendapatkan rawatan.

"Setelah isterinya sampai di kedai lebih kurang jam

9.00 malam, beliau mendapati suaminya terbaring di dalam bilik dan tidak sedarkan diri.

"Isterinya terus menghubungi pihak hospital. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Tiada unsur unsur jenayah berlaku," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api serta mercun bernilai RM7,100 dalam serbuan di Bazar Ramadan Kluang malam tadi.
  • ALOR SETAR - Peniaga di Ukir Mall mohon ehsan kerajaan negeri untuk meneliti semula kadar sewa baharu bagi lot kedai di bangunan itu, selepas kadar diskaun yang dinikmati penyewa sejak 2010 ditamatkan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.