KUANTAN - Seorang pekerja maut selepas terjatuh ke dalam mesin memproses kelapa sawit di Felda Tersang dekat Kuala Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata dalam kejadian

10.30 pagi itu mangsa, Abd Khisyam Mat Nor, 32, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian disedari rakan sekerja mangsa sebelum memaklumkannya kepada majikan untuk meminta bantuan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya meminta bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam mesin itu.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Felda Jengka 3, Maran, dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Dua lelaki dipercayai pekerja di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, maut dihempap kren, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di tapak berkenaan.
  • DUNGUN - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dalam nahas jalan raya di Kilometer 67.8, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Kampung Kuala Abang, di sini, semalam.
  • PASIR PUTEH - Pekerja kedai tayar meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang turut menyebabkan kereta Perodua Kancil yang dipandunya terputus dua di Kampung Sungai Kelong dekat sini, petang semalam.
  • BENTONG - Seorang penyelia kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 61 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) menghala ke Bentong di sini semalam.
  • KUALA KRAI - Seorang wanita maut sementara dua yang lain cedera selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Manek Urai, pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.