KUALA ROMPIN - Tidak sampai hati membiarkan beberapa keluarga masyarakat Orang Asli bukan Islam hanya sekadar melihat daging korban diagihkan kepada saudara baharu di Kampung Sungai Mok, di sini, Amanah Kawasan Rompin memberikan sebahagian daging kepada mereka.

Tindakan itu pada mulanya diragui keluarga berkenaan di kampung itu namun mereka menerimanya setelah diberikan penjelasan daripada wakil Amanah.

Ketua Amanah Kawasan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, tindakan mereka itu adalah susulan daripada rasa kasihan apabila melihat keluarga Orang Asli bukan Islam menjenguk dari rumah ahli parti berkenaan mengedarkan daging kepada keluarga saudara baharu.

Menurutnya, mereka tinggal di rumah yang agak daif dan sebahagiannya didiami oleh warga emas serta ada yang sakit keuzuran.

“Luluh hati kami ketika melihat keadaan mereka, saya minta izin naik ke rumah dan mendapati ada yang sakit terlantar, ada warga emas yang uzur kena strok, anak-anak ramai tapi tinggal beberapa keluarga dalam satu rumah namun mereka bukan Islam.

“Saya hulur daging dan mereka tanya, bolehkah mereka makan daging korban? Saya jawab makanlah supaya tidak lapar, daging ini ALLAH bagi, saya dan awak, ALLAH yang jadikan kita semua dari darah daging yang sama iaitu Nabi Adam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Fadzli berkata, Islam mengajarnya untuk menyayangi sesama manusia termasuk bukan Islam dan mendoakan semoga ALLAH memberikan mereka sinar kebaikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, program yang melibatkan seekor lembu korban itu sudah masuk kali kedua ia diedarkan di kawasan saudara baharu masyarakat Orang Asli.

Katanya, biar pun tidak seberapa namun jelas kelihatan raut wajah kegembiraan golongan itu ketika menerima daging korban yang boleh dimasak bagi mengisi perut.

Wajar beri daging korban kepada bukan Islam

Isu memberikan daging korban kepada bukan Islam dalam beberapa keadaan apabila mengambil kira maslahat manusia tanpa mengira agama wajar dipertimbangkan.

Ia dinyatakan melalui laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan dengan memberikan contoh keadaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai melembutkan hati bukan Islam. Menurut petikan dalam

 laman sesawang itu, jika sekumpulan pendakwah pergi ke perkampungan orang asli yang bercampur antara mualaf dan belum masuk Islam, wajar mengedar daging korban yang dibawa kepada semua penduduk sebagai wasilah melembut hati mereka
terhadap Islam.

Petikan itu turut menjelaskan terdapat khilaf dalam kalangan ulama berhubung pengagihan daging korban kepada bukan Islam (mengikut keadaan).

Namun sebahagian mereka seperti dalam mazhab Syafie melarang tindakan itu sama ada bagi korban nazar atau korban sunat manakala mazhab Hanafi membenarkan.

Larangan itu berikutan para ulama menqiaskan daging korban dengan daging akikah

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, memperkenalkan skim potongan gaji ibadah korban bagi menggalakkan kakitangannya melaksanakan ibadah berkenaan setiap tahun.
  • KOTA BHARU - Hikmah di sebalik ibadah korban berjaya menyatukan dan menjernihkan persengketaan antara penduduk yang berlaku sejak sekian lama di beberapa kawasan di Kampung Tiong di sini.
  • SHAH ALAM - Pengendali konsesi tol kedua terbesar negara,Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menyumbangkan 17 ekor lembu korban kepada masjid dan surau di sekitar jajaran lebuhraya kendalian syarikat itu sempena Aidiladha kali in
  • MARAN - Lebih 100 keluarga saudara baharu Islam Orang Asli teruja menerima sumbangan daging korban daripada program Korban Perdana Parlimen Maran, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.