PANGKOR - Seorang nelayan warga Thailand hampir menemui ajal apabila terjatuh ke dalam laut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam semalam.

Dalam kejadian itu, Sarawut Endu, 36, yang bekerja di atas bot nelayan tempatan disedari hilang oleh empat tiga lagi rakannya yang lain sebelum melaporkan kepada pemilik bot.

Sarawut berkata, ketika kejadian keadaan cuaca kurang baik kerana hujan lebat.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku kerana ia terlalu pantas.

"Nasib saya baik kerana ada penutup tong yang terapung dan saya berpaut kepadanya sementara menunggu bantuan," katanya ketika ditemui d pelantar ikan Kampung Sungai Pinang Besar di sini petang tadi.

Sarawadut bernasib baik apabila dia diselamatkan oleh nelayan yang berada di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.06 pagi tadi di kedudukan 50 batu nautika barat laut Pulau Pangkor.     

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Keluarga kepada tekong bot yang masih ditahan di sebuah penjara di Tanjung Pinang, Indonesia mempersoalkan berapa lama mereka perlu menunggu kepulangan orang tersayang meskipun janji pembebasan telah diberikan.
  • MERSING - Persatuan Nelayan Kawasan Mersing memohon kerajaan mempertimbangkan menaikkan kadar elaun sara hidup untuk nelayan.
  • SETIU - Kerajaan akan memastikan rakyat cukup makan terutama golongan nelayan yang ketika ini tidak dapat ke laut.
  • PONTIAN - Keluarga Mahabob Hasimat, 54, nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak tujuh bulan lalu kerana menceroboh perairan negara itu, bersedia menerima apa juga perkhabaran terkini mengenai bapa mereka.
  • SABAK BERNAM - Nelayan dan pemancing laut dalam kesal dengan tindakan pencerobohan beberapa bot pukat tunda menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan.