KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Rompin setakat 8 pagi ini kekal seperti semalam iaitu 200 orang daripada 59 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan, menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang.

Pengarahnya, Zainal Yusof berkata, sejumlah 150 mangsa daripada 43 keluarga berada di Dewan Orang Ramai Kampung Setajam manakala bakinya di Dewan Datuk Hassan, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pianggu.

APM juga meletakkan anggota dan pegawainya dalam keadaan bersiap sedia untuk melakukan lebih banyak pemindahan berikutan hujan yang masih berterusan, katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, terus berkurang kepada 20 orang daripada empat keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 30 orang daripada lapan keluarga tengah hari tadi.
  • MELAKA - Jumlah mangsar banjir di Melaka menurun sedikit kepada 118 orang setakat 8 pagi ini berbanding 126 mangsa malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.