KUANTAN - Keadaan banjir di Rompin semakin pulih selepas satu daripada dua pusat pemindahan sementara ditutup pada tengah hari ini, menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang.

Pengarahnya Zainal Yusof berkata, semua 50 orang daripada 16 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Datuk Hassan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pianggu dibenarkan pulang pada 12 tengah hari tadi.

"Hanya pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Setajam yang masih dibuka bagi menempatkan 162 orang mangsa daripada 45 keluarga," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang terakhir di Dewan Suarah Mukah di bahagian tengah Sarawak ditutup pada 12.30 tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas, walaupun ada beberapa kawasan rendah dalam negeri yang masih digenangi air.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam semalam.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.
  • KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat 4 petang ini, berbanding 5,679 mangsa tengah hari tadi.