KUANTAN - Seramai 24,012 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 550 sekolah di seluruh Pahang menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah itu,  19,814 adalah calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seramai 3,087 murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 489 murid, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 144 murid, dan  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 63 murid.

Menurutnya, turut menduduki peperiksaan itu adalah 415 calon daripada lima buah sekolah swasta.

"Kuantan mempunyai paling ramai calon iaitu 7,836 calon diikuti Temerloh seramai 2,756 calon.

"Selain itu, seramai 75 calon berkeperluan khas yang memerlukan cetakan besar, braille, pengecualian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan tambahan masa juga menduduki UPSR tahun ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua calon berkenaan menduduki ujian berkenaan di 550 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini dan dipantau oleh 2,486 petugas.

"Kesemua mereka diingatkan sentiasa menjaga kesihatan terutama sepanjang peperiksaan berlangsung.

"Calon juga perlu membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Walaupun tidak mencapai semua A dalam keputusan UPSR, saya sebagai bapa sudah cukup berbangga kerana ia adalah hasil usaha anak sulung saya sendiri. Saya hanya bagi sokongan,” kata seorang ahli perniagaan, Mohd Shahrul Azmi Sabuddin, 39.
  • KUALA TERENGGANU - Sekalipun tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya sejak enam bulan lalu selepas ibunya berpindah ke Putrajaya, ia bukan halangan buat Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 untuk merangkul 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • PENDANG - Anak sulong daripada empat adik beradik yang ibu bapanya merupakan seorang petani tidak menyangka akan memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
  • GONG BADAK - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan melaksanakan program khas untuk bantu murid yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • KUANTAN - Seorang murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor di sini yang kisahnya terpaksa dijemput guru untuk menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku pakaian seragam sekolah miliknya basah menyebabkan tidak hadir ke sekolah pagi, Isnin lalu.