KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang menjual sebanyak 231 borang pencalonan bagi PRU14, setakat semalam.

Pengarahnya, Datuk Zamree Hamli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 172 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Dub manakala 59 lagi borang adalah pencalon untuk Parlimen.

Menurutnya, bilangan terbabit termasuk 14 borang pencalonan untuk Dun dan empat borang Parlimen yang dibeli oleh individu yang bakal bertanding sebagain calon Bebas.

"Kita menjangka bilangan borang yang dijual akan meningkat sebelum hari penamaan calon (Sabtu ini),” katanya, hari ini.

Zamree memaklumkan, seramai 15,726 petugas pilihan raya telah bersedia sepanjang proses penamaan  pada 28 April dan pengundian pada 9 Mei ini, tidak termasuk 35 petugas tetap SPR.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan dan akta pilihan raya yang termaktub termasuk mendapatkan permit sebelum mengadakan ceramah di satu-satu kawasan selama 11 hari tempoh berkempen.

Selain itu, katanya, ia perlu bagi mengelakkan pihak parti lawan menfailkan petisyen selepas PRU jika berlaku pelanggaran akta,  sekali gus akan menganggu keputusan yang telah diumumkan.

“Kita menjangka keputusan akan diperoleh selewat-lewatnya pada 10 malam dan SPR akan menggunakan perkhidmatan helikopter untuk membawa peti undi dari kawasan terpencil dan pendalaman ke pusat penjumlahan undi.

“Antaranya termasuk kawasan Cameron Highlads, Jerantut, Lipis dan Rompin,”katanya.lam perkembangan sama, beliau mengingatkan semua pengundi supaya peka dengan waktu mengundi di kawasan masing-masing.

Katanya, ini kerana ada beberapa pusat pengundian di beberapa kawasan terutama yang mempunyai bilangan pengundi yang sikit dan jauh pendalaman akan ditutup lebih awal.

Zamree berkata, jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi di seluruh Pahang pada PRU14 ini ialah 823,981 dan daripada jumlah itu 32,048 adalah di Cameron Highlands, Lipis (35,294), Raub (57,723), Jerantut (63,609), Indera mahkota (77,208), Kuantan (62,696) dan Paya Besar (55,135).

Di Pekan adalah seramai 88,899 orang, Maran (41,036) Kuala Krau (47,264) Temerloh (75,081), Bentong (67,359) Bera (58,711) dan Rompin (61,918).

Beliau berkata secara keseluruhannya, seramai 21,358 orang anggota polis dan tentera di negeri ini akan terlibat dengan pengundian awal pada 5 Mei ini dengan 48 tempat mengundi dibuka di balai polis dan kem tentera.