TAMPIN – Bekas Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila kediamannya di salah sebuah taman perumahan di Gemencheh dipecah masuk penjenayah.

Dalam kejadian yang hanya disedari kira-kira jam 11.00 pagi semalam, mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh bagi tindakan lanjut.

Menurut Mohd Kamil, kali terakhir dia pulang bagi membersihkan kawasan dalam dan luar rumah adalah pada 5 Mei lalu dan pada masa berkenaan rumahnya masih berada dalam keadaan baik.

“Pagi tadi bila sampai di rumah saya tak rasa curiga kerana pintu hadapan elok bertutup.  Bagaimanapun, sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila keadaan rumah saya berselerak.

“Sebaik diperiksa, bahagian tingkap dapur rumah saya telah diumpil dan geriginya ditendang penyamun untuk memasuki rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, susulan kejadian berkenaan, lapan utas jam tangan yang saya simpan dalam sebuah kotak sebagai koleksi bernilai kira-kira RM10,000 dan dua butir permata dari  Tanzania bernilai RM20,000 telah dilarikan.

Menurutnya, kejadian pecah rumah berkenaan baru pertama kali berlaku sepanjang 14 tahun dia mendiami kediaman berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - SEBANYAK 13,000 unit rumah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina di negeri ini menjelang 2020.
  • BOTA - KUBUR lama yang terletak di hadapan sebuah rumah di Kampung Aji Bota Kiri di sini pastinya menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kubur tidak bernama itu dipercayai milik pasangan suami isteri wujud sejak puluhan atau mungkin ratusan tahun sehingga kini misteri kerana tidak tahu siapa pemiliknya.
  • MARANG - “SAYA terjaga apabila mendengar kedua ibu bapa saya menjerit ada ular senduk di dalam bilik mereka dan keadaan mula menjadi cemas," kata Suhaimi Abdullah di Jenang di sini, hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Pertubuhan Ihsan Johor menyasarkan pembinaan 50 unit rumah pasang siap tahun ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
  • BUKIT SELAMBAU - Enggan menyusahkan ramai pihak menyebabkan seorang ibu tunggal membina sendiri tempat berteduh untuk dia dan dua anaknya dengan bermodalkan RM300 walaupun tanpa kemudahan tandas, bekalan air dan elektrik sejak setahun lalu.