KUALA BESUT - Ribuan pelancong tempatan dan luar negara mula mengunjungi pulau peranginan antara tercantik di dunia, Pulau Perhentian sejak kelmarin.

Salah seorang pengusaha syarikat pelancongan di sini, Mohd Khursani Abd Manaf berkata, pelancong tempatan dari Terengganu dan Kelantan mula ke pulau itu sejak Jumaat.

Katanya, bermula semalam pula, pelancong dari negeri Pantai Barat mula memenuhi Terminal Jeti Pulau Perhentian di sini untuk bercuti ke pulau itu.

“Jumlah kunjungan pelancong tempatan ini meningkat mendadak sempena musim cuti persekolahan yang telah bermula dan cuaca cerah sekarang menyebabkan keadaan air laut tenang,” katanya.

Mohd Khursani berkata, kehadiran ribuan pelancong memberi rezeki kepada pelbagai pihak, khususnya pengusaha bot laju ke Pulau Perhentian.

Menurutnya, sebanyak 100 bot laju beroperasi di sini dan semalam sahaja, setiap bot berulang alik sebanyak empat kali dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian yang mengambil masa antara 30 hingga 40 minit perjalanan untuk mengangkut pelancong.

“Malah hampir semua bilik penginapan di Pulau Perhentian Kecil dan Besar telah penuh ditempah oleh pelancong,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mempergiat kerjasama pintar dengan pihak berkaitan bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke daerah ini.
  • KUANTAN - [VIDEO] Seramai 110 termasuk 98 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman sejak Khamis lalu dibawa ke Kuantan menggunakan kapal KD Terenggganu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
  • PULAU TIOMAN - Ekoran perkhidmatan feri ke Pulau Tioman yang dihentikan akibat laut bergelora, seramai 87 pelancong terkandas di pulau peranginan terkenal itu.
  • BENTONG - Bentong bakal dijadikan destinasi pelancongan pilihan utama dalam kalangan pelancong China kerana tarikan budaya masyarakat Cina di kawasan itu yang masih terpelihara selain terkenal dengan durian ‘Musang King’.
  • KOTA TINGGI - Lima wanita warga asing yang menyalahgunakan visa pelancong untuk bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan dekat Bandar Penawar disini antara yang ditahan dalam Op Noda, awal pagi tadi.