TAMPIN – Berikutan tular di laman sosial sejak Jumaat lalu berhubung sebuah kedai sejuk beku di bandar ini menjual daging babi, sepasukan penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Negeri Sembilan melakukan siasatan ke atas kedai berkenaan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati, dakwaan mengatakan ia daging babi adalah tidak benar, sebaliknya ia merupakan daging kambing atau lamb carcase.

Menurut kenyataan rasmi Facebook  KPDNKK Negeri Sembilan, nama jenis daging berkenaan tertera pada label daging tersebut daripada New Zealand.

“Kambing disembelih melalui rumah penyembelihan yang diiktiraf pejabat Islam di Melbourne.  Daging kambing tersebut tidak dipamerkan secara terbuka untuk dijual.

“Ia disimpan di dalam peti sejuk penyimpanan.  Hasil siasatan juga mendapati premis tidak menjual makanan tidak halal,” katanya dalam laman Facebook berkenaan.

Kandungan mesej berkenaan tular selepas orang awam yang juga pelanggan terlihat pekerja kedai berkenaan memikul satu bungkusan daging sejuk beku yang disangkakan babi, ke sebuah kereta pelanggan.

Pengadu yang terlihat insiden berkenaan tengah hari Jumaat lalu segera merakamkan beberapa keping gambar sebagai bukti sebelum membuat laporan polis.

Laporan berkenaan bagai-manapun bagi membolehkan laporan diketengahkan kepada agensi berkaitan untuk tujuan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Selepas siasatan KPDNKK, netizen mula berkongsikan maklumat berkenaan di laman Facebook dan meminta orang ramai untuk tidak sesekali menyebarkan maklumat yang tidak terbukti kebenarannya serta berunsur fitnah.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG MALIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kejadian empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas tidak terjadi di negeri ini.
  • JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan mengenai maklumat terdapat 74 kontena muatan daging telah terlepas dari pemeriksaan pihaknya seperti yang ditularkan menerusi mesej di WhatsApp.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memberi jaminan bekalan ayam dan daging di Terengganu mencukupi bagi tempoh bermula minggu depan sehingga ke musim perayaan ini.
  • KUALA KEDAH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi jaminan bekalan daging untuk keperluan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara mencukupi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.