KOTA BHARU - Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baharu hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Din Ahmad yang bersara awal bulan lalu.

Majlis serah tugas daripada pemangku jawatan itu, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris kepada Datuk Azmi diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Dalam majlis yang sama juga diadakan serah terima tugas daripada Pemangku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) , Wan Al Bushra Wan Daud kepada Naib Pengerusi Perkep IPK Kelantan yang baru, Syarifah Radziah Syed Agil sambil disaksikan Pengerusi Perkep IPK Kelantan, Datin Farida Hanim Roslan.

Sebelum ini, Azmi bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di IPK Kuala Lumpur.