PONTIAN - Tidak dapat dinafikan, manifesto PRU14 kali ini perlu melebihkan golongan belia untuk meraih undi kerana mereka merupakan kelompok pengundi paling penting.

Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Parlimen Pontian, Noor Saiful Amri Suloh berkata, pengundi kali pertama terdiri daripada 34 peratus daripada jumlah pengundi di Malaysia.

Katanya, walaupun BN dan Pakatan Harapan mendapat pilihan pengundi berpengalaman negara, mereka masih belum dapat mengetahui parti mana yang akan meraih undi terbanyak.

“Amat jelas bahawa janji Pakatan Harapan lebih jelas untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Justeru, katanya, pengundi kali ini perlu bijak membuat keputusan.

“Cukuplah tempoh yang diberikan kepada BN kerana banyak perkara seperti peluang pekerjaan kepada anak muda adalah retorik semata-mata kerana realitinya, anak muda lepasan diploma, ijazah masih ramai menganggur tiada peluang pekerjaan dalam bidang dipelajari.

“Mereka sebahagian yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang PRU14 akan datang,” katanya.