MUAR – Kebajikan lebih 170,000 pesara polis seluruh negara lebih terjamin apabila Bahagian Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Jun ini.

Berita baik itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada sidang media sempena Perhimpunan Veteran PDRM dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong, di Pekarangan Muzium Polis Bukit Kepong, dekat sini, semalam.

Menurutnya, bahagian itu akan beroperasi di bawah Jabatan Pengarah Pengurusan Awam PDRM Bukit Aman. “Bahagian ini berfungsi untuk melihat kepentingan pesara polis secara umumnya dengan cara menjaga hal ehwal dan soal kebajikan selepas berkhidmat dengan PDRM. “Mereka juga akan diberikan bantuan yang sewajarnya sebagai tanda penghargaan mengenang jasa di atas perkhidmatan sebagai pasukan keselamatan negara,” katanya.

Jelas beliau, secara tidak langsung juga dapat mengeratkan hubungan antara pesara dengan anggota polis yang masih berkhidmat. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Johor, Datuk  Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan bekas Ketua Polis Daerah Pagoh juga bekas Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri J. J. Raj. Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan bahawa Galeri Darurat Bukit Kepong yang bernilai RM15 juta  bakal dibina, selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Galeri ini dibina di tapak asal Balai Polis Bukit Kepong untuk mengabadikan sejarahnya yang pernah diserang oleh komunis dalam tragedi berdarah pada 23 Februari 1950,” katanya. Beliau berkata, pembinaan galeri tersebut juga  dijangkakan akan menjadi salah satu destinasi pelancongan negara. Ini kerana katanya, galeri itu terus mengekalkan elemen kejadian sebenar peristiwa tersebut.

“Kami berpuas hati melihat reka bentuknya, selain turut dibina berek polis yang asal,” katanya. Pada majlis yang sama, seramai 29 pesara dan waris anggota polis yang sudah meninggal dunia menerima bantuan berupa sagu hati khas  bernilai RM3,000, bagi mengenang jasa serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat dengan PDRM. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - [VIDEO] Polis Muar berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah yang didalangi oleh sekumpulan warga asing dipercayai telah aktif di daerah ini sejak Disember lalu.
  • MUAR - Beberapa pindaan undang-undang yang dikuatkuasakan sebelum ini boleh diubah sekiranya ia memberi kesan kepada negara, demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
  • MUAR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman serta jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.
  • MUAR - Kerajaan Johor tidak pernah menggadaikan tanah seperti yang didakwa pembangkang, sebaliknya itu adalah usaha untuk terus meningkatkan pelaburan hartanah di negeri ini, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • MUAR - Seorang guru maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah ambulans yang datang dari arah bertentangan di Kampung Parit Raja, Jalan Abdul Rahman, di sini, awal pagi tadi.