JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Daerah Maritim 6 menahan sebuah bot nelayan asing warga Indonesia kerana disyaki menceroboh kawasan Perairan Perikanan Malaysia kira-kira 10 Batu Nautika Barat Pulau Kukup, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah 6 Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, kapal ronda yang melaksanakan Ops Satria Selatan di perairan barat negeri ini mengesan bot KM Punggur Bahari 88 yang didaftarkan di Cirebon, Indonesia berada di perairan negara.

Menurutnya, semasa bot itu ditahan terdapat peralatan menangkap ikan berada di atas bot tersebut namun tiada hasil tangkapan kerana bot tersebut baru keluar dari jeti di Indonesia dan mula beroperasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan oleh seorang tekong dan 12 orang awak-awak warganegara Indonesia berusia lingkungan 17 hingga 49 tahun.

“Bot nelayan bersama tekong dan awak-awak tersebut dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1685 dan akta berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Nor Adli berkata, pihaknya memandang serius kesalahan itu kerana ia akan menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan juga persisir pantai disamping menjejaskan ekosistem pembiakan ikan di kawasan tersebut.

“Kita akan meneruskan usaha membanteras kemasukan nelayan asing untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim untuk memberi maklumat aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang amat diharapkan bagi membanteras kesalahan yang menyalahi undang-undang dengan lebih efisyen dan berkesan.

“Masyarakat boleh menyalurkan maklumat jenayah dilaut kepada Maritim Malaysia Johor Bahru di talian 010-3211066 (whatsapp) atau pusat operasi do talian 07-2199496 dan Talian Mers 999,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PULAU TIOMAN - Seorang pegawai Maritim Malaysia disahkan meninggal dunia selepas pengsan di atas KM Sebatik ketika melakukan rondaan di perairan Pulau Tioman, pagi tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Sebuah kapal tangki berisi muatan minyak diesel ditahan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas didapati berada di dalam keadaan mencurigakan, di sini, pagi, semalam.
  • KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur berjaya menyelamatkan sebuah bot fiber yang dinaiki tiga pemancing selepas mengalami kerosakan lebih kurang empat batu nautika dari Kuala Penor.
  • KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan empat buah pump bot disyaki digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan berdekatan Teluk Karambunai, dekat sini, semalam.
  • ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 kerana dipercayai melanggar syarat lesen dengan memukat ikan kurang daripada lapan batu nautika dari pantai di Pulau Songsong dekat Yan, malam tadi.