GENIUS Aulad International Group Sdn Bhd (Genius Aulad) akan memulakan operasi Idrissi International Primary School (Idrissi) atau sekolah rendah antarabangsa yang pertama di Malaysia dan dunia berkonsepkan Eco Islamik pada awal tahun depan.

Pengasasnya, Datin Paduka Zaliza Alias berkata, Idrissi berbeza dengan sekolah antarabangsa sedia ada di negara ini dan ia menekankan kefahaman pelajar bagi mengaitkan setiap pembelajaran dengan alam sekitar sebagai hamba ALLAH yang bertanggungjawab menjaga ciptaan-NYA. 

Katanya, Eco Islamik juga adalah inisiatif baharu bagi memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang.

“Kesemua bahan pembelajaran dihasilkan sendiri dengan kerjasama Organisasi Kurikulum Islam iaitu Al Madinah International University, Kurikulum Eco itu berdasarkan Australia Organic School, Taman Botani Negara, Landskap Malaysia dan  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka),” katanya.

Menurutnya, Idrissi School menyediakan Idrissi Islamia Curriculum, Idrissi Bristish National Curriculum, Idrissi Eco-Muslim Curriculum, Idrissi Meaningful Foreign Language, Idrissi Zheng He Mandarin serta Idrissi Bahasa Melayu dan Alam.

“Idrissi Islamia Curriculum adalah kerjasama dengan ahli penasihat global dalam pembangunan Kurikulum Islam yang diluluskan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Terdapat lima perkara akan dipelajari pelajar iaitu Aqidah, Quran, Sirah, Ibadat dan Moral serta Adab.

“Idrissi British National Curriculum adalah kurikulum kelas dunia dengan sokongan guru berkualiti tinggi dan penilaian sepadu. Subjek teras Idrissi School adalah English, Matematik dan Sains,” katanya.

Zaliza berkata, Idrissi juga memperkenalkan silibus pertama di Malaysia iaitu subjek Sains Fizikal dan reka bentuk lengkap dengan Makmal Kejuruteraan. Ia bertujuan untuk memupuk pelajar dengan tingkah laku saintifik, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

“Sukatan pelajaran ini direka untuk pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun yang mengintegrasikan mata pelajaran sains, reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan, diilhamkan British National Curriculum, German Standard Curriculum dan K7-K12 Kurikulum Amerika (STEM),” katanya.

Menurutnya, Idrissi unik kerana Konsep Pendidikan Idrissi menggabungkan nilai- nilai Islam sebagai Pembelajaran Gaya Hidup , alam semula jadi sebagai alat pembelajaran. Malah, bahasa pengantar Idrissi adalah bahasa Inggeris di samping pelajaran komunikasi Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab.

Zaliza menjangkakan 200 pelajar akan mendaftar di Idrissi dan sebanyak 50 peratus daripada pelajarnya adalah Tahun 1 di peringkat permulaan sesi persekolahan bermula pada Januari 2015.

“Menariknya, pelajar juga dapat mempelajari komunikasi bahasa Mandarin melalui Idrissi Zheng He Mandarin disesuaikan rakan kongsi dari Xi’an, China. Pelajaran komunikasi Bahasa Arab juga boleh diperoleh melalui kurikulum usaha sama Al Madinah International University.

“Tenaga pengajar terdiri daripada tempatan dan antarabangsa. Sesi pembelajaran bermula 9 pagi hingga 3.30 petang dan bayaran yuran bulanan yang amat berpatutan,” katanya.

Katanya, Idrissi mempunyai 15 kelas berkonsep “student-centred & open-learning” dan dua buah makmalnya sendiri serta menyediakan kemudahan bersukan apabila mempunyai gelanggang badminton, bola keranjang, futsal, 'wall climbing', memanah dan sebagainya.

Zaliza berkata, Idrissi School terletak di Setia Dagang, Setia Alam dan menjangkakan akan membuka cawangan kedua di Johor.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GENIUS Aulad International Group Sdn Bhd (Genius Aulad) menjangka akan membuka pendaftaran sekolah menengah antarabangsa dan pengambilannya pada September nanti.
  • PERSATUAN Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (Exec LHDN) menyampaikan sumbangan kepada 420 pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (SKPP) Sekinchan.
  • MEMPUNYAI seorang cahaya mata bersekolah rendah, Norafiza Yusof 38, gemar membeli belah persiapan sekolah pada pertengahan Disember.
  • “SAYA tidak suka bersesak dan berebut terutamanya ketika membeli belah barang keperluan di pasar raya mahupun kedai,” kata Azlan Wahab seorang ahli perniagaan.
  • SITI Hajar Musa seorang suri rumah, ditemui di pusat membeli belah Mydin Subang Jaya berkata setiap tahun dia melakukan persiapan awal untuk anak-anaknya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.