PETALING JAYA - MyAngkasa Holdings Sdn Bhd (MHSB) menjalin usaha sama dengan Bioalpha Holding Berhad bagi menubuhkan rangkaian farmasi MyAngkasa.

Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu akan menjurus kepada pembukaan farmasi utama dan farmasi satelit MyAngkasa.

"Usaha sama ini akan membantu anggota koperasi dan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan produk berkaitan kesihatan pada harga berpatutan," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara
kedua-dua pihak di sini, hari ini.

MHSB ialah syarikat di bawah naungan Angkasa manakala Bioalpha merupakan syarikat makanan tambahan dan herba bersepadu dengan pengalaman dalam perniagaan runcit farmasi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bioalpha, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, farmasi utama MyAngkasa pertama dijangka dibuka di Lembah Klang pada suku pertama 2014.

"Dalam tempoh lima tahun, kami merancang memiliki 15 kedai utama dan 1,000 farmasi satelit di seluruh Malaysia, katanya.

Beliau berkata, rangkaian farmasi MyAngkasa akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 ahli farmasi dan usahawan serta lebih 7,000 pekerja separa mahir. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dipilih sebagai Presiden Koperasi se-Asean (ACO) tahun 2014-2018, pada pemilihan pimpinan baharu yang diadakan di Nusa Dua, Bali, hari ini.
  • KOTA BHARU - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) menyasarkan perolehan RM500 juta tahun ini dengan penglibatan 500 sekolah lagi di seluruh negara di bawah program 'Memperkasakan Koperasi Sekolah'.
  • BACHOK - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memohon peruntukan RM500,000 dari kerajaan untuk meningkatkan Tabung Modal Pusingan (TMP) bagi membolehkan koperasi melaksanakan perniagaan yang lebih berimpak dan bernilai tinggi.
  • KUANTAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Akta Bank Koperasi bagi melaksanakan Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tiga lagi bank koperasi menjelang 2015.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.