MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) meneruskan inisiatif Joyful Malaysia dengan kerjasama Tourism Kelantan, yang menjadi kolaborasi keempat syarikat itu bersama agensi pelancongan negeri.

Menerusi kerjasama itu, Tourism Kelantan akan mempamerkan warisan budaya melalui persembahan silat, tarian, dikir barat dan wayang kulit setiap Sabtu dan Ahad, bermula 9 September hingga 1 Oktober ini, di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, usaha itu selari dengan misi MAHB untuk beri pengalaman gembira kepada pengunjung lapangan terbang.

"Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk menyumbang dalam mencapai sasaran 36 juta ketibaan pelancong negara, menjelang 2020.

"Sebagai rakyat, kami berbangga kerana Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya. Kami percaya, MAHB mempunyai platform yang sempurna untuk menjangkau dan berkongsi budaya kita dengan pelawat ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, pihaknya turut membuka pavilion Kelantan di kawasan balai pelepasan, aras tiga, KLIA2.

"Pengunjung boleh mendapatkan maklumat perjalanan seperti penginapan hotel, tempat menarik, acara, festival dan promosi menarik di Kelantan di pavilion kami," ujarnya.

Katanya, inisiatif itu sebahagian usaha untuk mempromosi Pelancongan Kelantan 2017, dengan tema Kelantan di Hati.

"Tahun lalu, Kelantan menerima kira-kira 5.8 juta ketibaan pelancong dengan 75 peratus daripadanya terdiri daripada pelancong tempatan.

"Kami berharap jumlah ini dapat dipertingkatkan dengan kerjasama MAHB," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd bagi membolehkan koperasi tersebut menyertai Projek Pembangunan Gerbang Internet Antarabangsa Enhanced Malaysia (EM-IIG).
  • SEDANIA AsSalam Capital Sdn Bhd, anak syarikat Sedania Corp, bakal menyediakan platform teknologi kewangan berkonsep kewangan Islam dan patuh syariah, menerusi perkhidmatan As-Sidq, kepada Zikay Factoring Sdn Bhd (Zikay Factoring), anak syarikat Kumpulan Zikay.
  • TENAGA Nasional Berhad (TNB) memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan nasihat dan kepakaran kementerian berkenaan di bawah program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) Plus.
  • SATUMARIN Sdn Bhd (Satumarin), syarikat milik penuh Bumiputera, memeterai kerjasama dengan Marine Nexus, perintis urus niaga perkapalan dalam talian yang berpangkalan di Singapura, bagi menawarkan kepakaran maritim dalam perkhidmatan perkapalan secara dalam talian kepada pelanggan di peringkat global.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.