SEBANYAK 88,000 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) masih dijual bagi perjalanan pada 18 Jun sehingga 2 Julai ini.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar, Mohd Noordin Kimi berkata, setakat ini, sebanyak 130,000 tiket pergi-balik telah dijual untuk perjalanan ke utara dan selatan serta pantai timur bagi tempoh berkenaan.

“Permintaan begitu tinggi terutamanya bagi perkhidmatanETS menyebabkan kami memutuskan kekerapan daripada 36 kali perkhidmatan sehari pada hari biasa kepada 40 kali pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, jualan tiket bagi ETS adalah 120,000 dan 60 peratus tiket terjual sebelum raya bermula 18 sehingga 24 Jun merupakan penumpang dari selatan ke utara Semenanjung.

"Perjalanan bermula 19 sehingga 21 Jun, kebanyakan tiket menuju ke utara sudah habis dijual.

"Selain itu, tiket dari sektor utara seperti Padang Besar, Butterworth serta Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan Gemas juga masih dijual bagi tempoh 27 Jun sehingga 2 Julai dan mencatatkan peningkatan," ujarnya.

Katanya, laluan ke utara itu antaranya melibatkan destinasi seperti Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.

Sementara itu, bagi perkhidmatan keretapi intercity, JB Sentral ke Tumpat dan JB Sentral ke Gemas, sebanyak 18,000 tiket disediakan dan hampir 10,000 dijual.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.