Produktiviti syarikat-syarikat Malaysia boleh ditingkatkan lagi dengan memilih menggunakan tablet.

Pengarah Jualan Serantau (Asean) SonicWall Inc, Ang Chye Hin berkata, pada masa ini beberapa syarikat mengamalkan konsep bekerja dari rumah dan sekiranya tablet digunakan berbanding komputer riba, tempat kerja boleh dipelbagaikan.

“Ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana pekerja akan mempunyai akses ke pejabat pada bila-bila masa dan di mana jua,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berkata, penghantaran peranti mudah alih akan mengatasi penghantaran komputer peribadi dalam tempoh satu hingga satu setengah tahun dan pekerja di ekonomi membangun dan maju, akan bergerak daripada peranti IT atau yang diuruskan seperti Blackberry kepada peranti iPhones, iPads, Android atau Symbian.

“Pertumbuhan tablet akan terus meningkat. Inilah fenomena pada masa ini di negara-negara Asean, terutamanya Malaysia, Singapura dan Thailand.

“Menjelang 2015, tablet bersedia untuk menguasai 23 peratus daripada keseluruhan jualan PC. Saya rasa ia amat baik jika syarikat Malaysia boleh merebut peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Chye Hin berkata, membawa maklumat sulit dan rahsia berkaitan syarikat dan pengguna di tablet, amat rapuh dan berbahaya.

Sehubungan itu, katanya, SonicWall, sebuah syarikat penyedia rumusan keselamatan Internet antarabangsa telah melancarkan SonicWall Mobile Connect.

Menurutnya, produk itu menyediakan tahap akses rangkaian yang selamat ke sumber-sumber korporat daripada peranti iPhone, iPad dan iPod Touch.

“Ia juga mempunyai kawalan dasar yang disatukan bagi membataskan akses daripada sistem operasi mudah alih Apple dan iOS.

“Selain itu, produk itu akan digunakan untuk melaksanakan pelindungan malware, kawalan dan pengurusan jalur lebar,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) menyasarkan untuk mencatatkan peningkatan jualan lebih memberangsangkan tahun ini berbanding tahun lalu.
  • INDUSTRI herba terus berkembang apabila menyaksikan peningkatan antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam mengeluarkan produk hijau, herba dan semula jadi di negara ini.
  • JIKA disebut kemenyan, mungkin terlintas dalam fikiran kita ia digunakan sekiranya ada kematian atau tujuan perubatan.
  • BASKIN Robbins mengedar 100,000 skop aiskrim secara percuma menerusi program Free Scoop Night di 123 cawangan seluruh negara sempena sambutan Hari Malaysia lalu.
  • AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional berhad (PNB) dijangka menarik kira-kira 5,000 hingga 6,000 pemegang akaun baharu menerusi Fiesta Labur PNB.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.