SEJAK diperkenalkan, KidZania sering menjadi tumpuan kanak-kanak dan ibu bapa terutama ketika musim cuti persekolahan.

Ia merupakan bandar interaktif khas buat kanak-kanak berusia antara dua hingga 14 tahun yang ingin merasai pengalaman pelbagai jenis kerjaya seperti di alam nyata.

KidZania menggabungkan inspirasi, keseronokan dan pembelajaran melalui permainan realistik.

Berkeluasan lebih 7,000 meter persegi, KidZania memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai lebih daripada 100 kerjaya menarik seperti juruterbang, doktor, jururawat, peguam, bomba dan sebagainya.

Buktinya kini, KidZania menjadi salah satu jenama pembelajaran dan hiburan global yang paling pesat berkembang di dunia.

Menelusuri sejarahnya, KidZania ditubuhkan pada 1997 oleh Xavier Lopez Ancona dan sekumpulan ahli perniagaan Mexico.

Pada awal penubuhannya dahulu, KidZania dikenali sebagai La Ciudad de los NiƱos (City of the Children) atau Bandar Kanak-kanak, di mana lokasi pertamanya dibuka di Santa Fe, Bandar Raya Mexico pada September 1999.

Pada tahun pertama ia dibuka, ia melangkaui jangkaan apabila berjaya menarik hampir 800,000 pengunjung melawat lokasi perdana tersebut.

Berikutan sambutan menggalakkan, KidZania mengorak langkah membuka cawangan kedua di Monterrey, Mexico pada 2006 di bawah jenama baru dan konsep KidZania.

Pada tahun sama juga, cawangan ketiga yang juga cawangan pertama di luar negara mula dibuka iaitu di Tokyo, Jepun.

Rentetan pembukaan KidZania Tokyo, ia mula melancarkan francais secara global untuk memacu pertumbuhan KidZania antarabangsa bagi memacu kejayaan mereka.

Sehingga kini KidZania telah berjaya membuka 24 kemudahannya di 19 negara termasuk Asia dengan 9 juta pengunjung setiap tahun.

Di Malaysia, KidZania dibuka di Damansara pada 2012 dan ia turut menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :