FATBERRY.COM, platform pasaran insurans digital baharu di Malaysia diperkenalkan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan insurans dalam masa dua minit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Priscilla Lim berkata, FatBerry.com menyediakan pengguna dengan pilihan insurans peribadi yang memenuhi keperluan mereka dalam masa dua minit.

"Pengguna kemudian boleh pilih produk insurans untuk melengkapkan pembelian online, dengan pelbagai pilihan bayaran," katanya.

Dengan liberalisasi industri insurans sejak Julai lalu, Priscilla berkata, platform FatBerry.com menyediakan ketelusan dan pilihan kepada pengguna membuat keputusan bermaklumat.

"Ia membolehkan pengguna mendapatkan sebut harga dan polisi insurans secara mudah menerusi online.

"Ini memperkasa pengguna buat keputusan lebih berkesan dengan kemudahan platform ini yang membantu pengguna menjimatkan masa dan wang," katanya.

FatBerry.com turut umumkan perkongsian dengan Tune Protect Malaysia, portal peruncitan online pertama insurans negara.

Kerjasama itu bermula pengenalan produk insurans umum Tune Protect ditawarkan di FatBerry.com, iaitu insurans motor, perjalanan dan kemalangan diri (PA).