KADAR jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM29.88 bilion dalam sistem konvensional dan RM14.41 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM3 bilion untuk tujuh hari dan RM2 bilion untuk 14 hari.

Ia akan turut menjalankan satu tender Qard lelongan matang Islam (iRMA) bernilai RM2.3 bilion untuk tujuh hingga 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.9 bilion dan Qard semalaman RM12.1 bilion. -Bernama