SEBAGAI syarikat nutrisi perdana global bermatlamat menjadikan dunia lebih sihat dan lebih ceria, Herbalife Nutrition (Herbalife) mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mempunyai penyokong sarapan pagi teramai di pelbagai lokasi dalam satu hari melalui ‘Kempen Sarapan Berkhasiat’.

Seramai 1,149 ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berkhidmat sebagai penyokong ini ditempatkan di 185 lokasi di seluruh Malaysia untuk mempromosikan konsep sarapan yang sihat.

Pengarah Urusan dan Pengarah Herbalife Nutrition, Malaysia, Steven Chin berkata, acara di seluruh negara ini adalah susulan penemuan baru-baru ini daripada Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition, yang diadakan pada Februari lalu dengan lebih 5,500 responden di 11 pasaran termasuk 500 rakyat Malaysia.

"Hasil kaji selidik itu mendedahkan rakyat Malaysia gemar makanan sarat dengan karbohidrat dan lemak semasa bersarapan, bukan protein seperti disarankan.

"Kami  komited kepada visi kami untuk menjadikan masyarakat lebih sihat dan ceria melalui produk pemakanan sains hasil inovasi dan ciptaan para saintis terdiri daripada ahli-ahli berpengetahuan dan terlatih," katanya.