IFA Berlin turut menyaksikan dron DJI Mavic Pro Platinum dilancarkan.

Ia adalah model kemas kini kepada Mavic Pro yang dilancarkan September tahun lalu.

DJI Mavic Pro Platinum kini bukan sahaja 60 peratus lebih senyap tetapi mampu terbang 10 peratus lebih lama berbanding model terdahulu.

Penambahbaikan ini berjaya dilakukan menerusi rekaan kipas dan sistem kawalan elektronik baru.

Mavic Pro kini boleh dimiliki pada harga RM4,697.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.