CUCKOO Malaysia optimis dan komited akan kekal menjadi pilihan pelanggan dengan memperkenalkan pelan pemilikan serba fleksibel dan mampu dimiliki rakyat negara ini.

 CUCKOO GOOOD Plan dan CUCKOO GOOOD Deal direka teliti agar mampu dimiliki sekali gus meningkatkan taraf kehidupan pelanggan tanpa menyukarkan situasi kewangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, KC Hoe berkata, sambutan diterima CUCKOO amat menggalakkan sehingga melangkaui jangkaan sekali gus membolehkan CUCKOO Malaysia mencapai hasil jualan melangkaui standard.

"Kami berjaya melepasi jualan 2017 sebanyak 106 peratus di mana mencatat peningkatan sebanyak 190 peratus hasil  2016 selain jumlah jualan melebihi RM200 juta dengan peningkatan pelanggan sehingga 254,348 dan membuka lebih 330 brandstores dan brandkiosks.

“Kejayaan ini hasil kerja keras berpasukan dengan berkongsi visi dan kepercayaan yang sama," katanya pada sambutan ulang tahun CUCKOO ke-40 yang berlangsung di Seoul Dragon City.

Majlis dihadiri 526 kakitangan CUCKOO serta wakil media dari Korea, Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Hoe memberitahu, dalam setahun, CUCKOO telah membuka sembilan Brandstores di Brunei dan menarik lebih 3,000 pengguna dengan  jualan sebanyak dua juta Dolar Brunei (1 Dolar Burnei = RM2.9476).

"Pelancaran pelan pemilikan True Rental di Singapura juga mendapat sambutan kerana ciri pemilikannya yang unik. Sementara pejabat di Indonesia telah bersedia  memulakan jualan dan bakal diketuai Toh Seng Lee selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Korea, Brian Koo berkata, syarikat fokus mengembangkan perniagaan ke Vietnam, India dan Indonesia pada tahun ini dan menjangkakan hasil jualan pendapatan eksport mampu memberikan pulangan tahunan sebanyak USD$150 juta (1$USD = RM3.912) bagi 2018.

"Manakala, dalam tempoh lima tahun akan datang, pulangan tahunan adalah sebanyak USD$1 bilion.," katanya.

CUCKOO adalah jenama terulung kelengkapan rumah di Korea Selatan. Di Korea Selatan, satu unit periuk nasi CUCKOO dijual setiap 10 saat, manakala satu unit penapis air CUCKOO dijual setiap minit.

Hari ini, CUCKOO berada di 30 negara dengan jualan pada 2017, hasil mencecah sebanyak USD$760 juta!

Di Malaysia, CUCKOO ditubuhkan pada Oktober 2014, dan menjadi rakan kongsi perniagaan CUCKOO yang pertama di luar negara.

Dalam jangka masa tiga tahun, CUCKOO meraih jualan penapis air beralkali ringan yang tinggi melalui skim sewaan serba unik, serta memperkenalkan periuk serbaguna juga penapis udara CUCKOO di pasaran Malaysia.

Jualan CUCKOO di Malaysia meningkat 600 peratus pada Ogos 2016. Menjelang 2017, jumlah pelanggan mencecah 250 ribu dan 330 brandstores juga brandkiosks telah dibuka di seluruh negara.