BERJAYA Times Square, Kuala Lumpur menawarkan hadiah menarik kepada pengunjung yang membeli-belah di situ, sempena musim percutian yang bermula 25 November lalu hingga 2 Januari 2018.

Pengunjung yang membelanjakan minimum RM120, berpeluang menebus sekeping tiket kanak-kanak untuk memasuki Berjaya Times Square Theme Park.

Dalam pada itu, Berjaya Times Square turut memeriahkan suasana di bangunan itu dengan Enthralling Christmas.

Mereka juga menyumbangkan hadiah kepada kanak-kanak dari Persatuan Rumah Sayangan bagi memberikan keceriaan sempena cuti sekolah dan perayaan.