Al Rajhi Bank (Al Rajhi) sekali lagi menghargai pelanggannya dengan mengadakan cabutan dalam kalangan pendeposit akaun simpanan i Zamzam dan menghadiahkan pakej haji ekslusif kepada 10 pemenang bertuah setelah memberi ganjaran berupa pakej umrah istimewa kepada lima pemenang pada Mei lalu.

Dalam kenyataan medianya, bank itu berkata, pemenang seterusnya akan diumumkan Februari tahun depan dan akan memilih lima lagi pemenang yang berpeluang mendapat pakej umrah.

Katanya, dengan simpanan permulaan sebanyak RM1,000 pelanggan berpeluang memenangi pakej haji dan umrah tahunan dan peraduan ini terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap tambahan simpanan sebanyak RM1,000 pelanggan akan mendapat lebih banyak peluang untuk menang.

Akaun i Zamzam turut menawarkan pelbagai faedah lain seperti memberikan potongan harga untuk umrah dan haji.