AGROBANK menandatangani perjanjian kolaborasi strategik bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) untuk mewujudkan kampus tanpa tunai dan menggalakkan penglibatan golongan muda yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam bidang pertanian.

Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sebagai sebuah bank yang sentiasa prihatin dan sensitif dengan keperluan komuniti pertanian, Agrobank sentiasa komited dalam melahirkan tenaga muda yang mampu mengeluarkan idea-idea baharu untuk pembangunan industri pertanian.

“Kepentingan generasi muda amat dititik beratkan dan menerusi usaha sama ini, Agrobank turut menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang UCAM jadi warga kerja Agrobank," katanya.

Melalui kolaborasi strategik ini, Agrobank menawarkan pengurusan penyelesaian tunai kepada penuntut UCAM menerusi platform e-kampus yang menjurus kepada konsep transaksi bayaran tanpa tunai atau dengan hanya menggunakan penggunaan kad pintar pelbagai fungsi yang menggabungkan ciri-ciri kad debit dan kad ID pelajar dan kakitangan UCAM.

Kad pintar pelbagai fungsi ini boleh digunakan bukan sahaja untuk pengeluaran wang di ATM tetapi juga untuk semua urusan transaksi pembayaran termasuklah pembayaran yuran pelajar, pembayaran balik pinjaman, pembayaran bil elektrik, pembayaran bil makanan di kafé dan pelbagai khidmat lain yang bukan sahaja dapat digunakan di dalam, malah di luar kampus.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PRESIDEN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, meninggalkan jawatannya berkuat kuasa 31 Ogos, 2017, selepas enam tahun menerajui bank tersebut.
  • AGROBANK ditubuhkan pada 1969 dengan mandat membangun dan memperkasakan sektor pertanian negara. Ia sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan.
  • AGROBANK menawarkan skim takaful perlindungan diri komprehensif, Takaful Agro Mabrur-i khas untuk umat Islam.
  • AGROBANK menggalakkan lebih ramai orang awam terutama kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta membeli tanah pertanian menerusi pembiayaan Hartani-i, berkonsepkan patuh syariah.