127 terkorban rusuhan penyokong di Indonesia

PERLAWANAN Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengundang rusuhan antara penyokong yang mengorbankan 127 nyawa.
Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 127 orang, lapor Ketua Pejabat Kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo.
Pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.
Pergaduhan tercetus selepas ribuan peminat Arema masuk ke kawasan padang ekoran kekalahan pasukan mereka.
Para pemain Persebaya bergegas meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.
Menurut laporan, kematian didakwa turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Perlawanan Ireland-Israel tidak sepatutnya berlangsung - Knight
26 September 2026 10:32amFerdinand, Enrique mahu trofi City diserahkan kepada United, Liverpool
26 September 2026 10:05amNasib Manchester City jadi tanda tanya
26 September 2026 12:00amAzeem gagahkan diri habiskan final 100m walau kaki kejang
25 September 2026 10:20pmPelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli
26 September 2026 08:04amHari kiamat jatuh pada November tahun ini?
25 September 2026 06:03pmAnggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar
25 September 2026 04:00pmAnggota tentera maut kemalangan ketika pulang selepas hadiri qiamulail
25 September 2026 06:22pm- Iklan -- Iklan -
