Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan

PETALING JAYA - Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Remaja perempuan ditahan disyaki curi kabel TNB
24 September 2026 09:40pm'Ayah pergi ketika mahu solat Asar'- Anak Idrus Ibrahim
24 September 2026 09:31pmWarga emas ditemui kritikal berhampiran hospital Ipoh
24 September 2026 09:12pmPemandu dakwa diarahkan majikan bawa lebih muatan kerana kos tinggi
24 September 2026 09:01pmSuri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun
24 September 2026 09:29amKetua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan
24 September 2026 07:39amSuri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan
24 September 2026 10:50amIbu maut, empat anak cedera nahas dua kenderaan
24 September 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
