Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Jertih Abd Yazid Mohd Zain (dua, kiri) membawa murid-murid Tahun 1 melihat watak robot Transformer dengan lebih dekat pada hari pertama persekolahan 2020 hari ini. 'Transformer' yang sememangnya menjadi idola kepada ramai kanak-kanak itu telah didatangkan khas bagi menceriakan hari pertama persekolahan mulai hari ini. Seramai 572 murid termasuk 90 murid Tahun 1 yang pertama kali menjejakkan kaki di alam persekolahan telah bersalaman dengan watak 'Transformer' dan bergambar bersama guru-guru mereka sebagai tanda kenangan. Abd Yazid berharap dengan kehadiran watak robot tersebut akan membangkitkan semangat untuk belajar kepada murid-murid sekolahnya pada tahun baharu ini. - Foto Bernama